Kenang daku dalam doamu

Ahad, 6 Ogos 2017

Saya Budak Intern


Selamat malam dan alhamdulillah dapat juga jenguk cik blog kita ni. Lama benau saya tak berdating dengan cik blog maklumlah semenjak single sekarang ni susah nak cari waktu yang sesuai. Tambahan pula, semenjak jadi budak intern ni.

Berdasarkan tajuk "Saya Budak Intern" ni saya nak cerita sikit serba serbi sebagai budak intern. Yang istimewanya batch saya kena intern second year. Haa bunyi macam istimewa tapi tersangat sengit sebab kami kena bersaing dengan third year. Alhamdulillah saya dapat intern dekat sekolah dan yang paling beruntung sekolah dekat dengan rumah saya. Maklumlah, intern kerajaan tiada elaun tau .Ok, berbalik pada cerita, saya membantu mengajar anak syurga *senyum-senyum bahagia+takut. Bukan saja-saja tau, sebenarnya kami kena buat laporan mengenai learning process anak-anak syurga ni. Meningkat atau tidak dan apa teknik yang saya perlu praktikkan sepanjang pembelajaran saya di Unimas. 

Ye, bunyi macam senangkan. Sepanjang saya intern, anak-anak syurga ni banyak mengajar saya apa erti sabar dan cara berkomunikasi. Bukan mudah mereka nak terima atau rapat dengan kita dalam masa yang singkat dan saya akui memang mencabar. Sebenarnya banyak kelebihan yang mereka ada dan tiada pada anak-anak biasa. Mereka unik. Saya kagum pada seorang pelajar yang buta. Dia dapat kenal cara jalan semua guru yang mengajar dia walaupun dia tak boleh melihat. 

Alhamdulillah sekali lagi, sedar tak sedar dah satu bulan tiga hari mencari pengalaman dekat sekolah tu. Bagi sesiapa yang memiliki anak-anak syurga ni tolong jaga dia dengan baik. Janganlah buang atau biar dia hanya sebab dia tak normal macam anak-anak lain. Cari kelebihan yang mereka ada. Jangan pernah cuba membanding bezakan mereka. Anak-anak ini istimewa. Jagalah dia dengan penuh rasa kasih dan bertanggungjawab. Anak-anak ini berhak merasa apa yang orang lain rasa. *mood sedih dan sayu.

Memandangkan hari lewat malam sudah. Marilah kita merehatkan diri. Terima kasih kepada yang sudi membaca "Saya Budak Intern" ni. Agak ringkas, tiada gambar, tiada lawak jenaka. Hanya cerita biasa cuma perbezaanya saya merasa anda membaca. Jaga diri, kalau umur panjang kita berjumpa lagi.






 
Copyright © 2013-2017 : Puteri Sulung B0nda - All Rights Reserved